Islamic Widget

Friday, April 29, 2011

SELOKA FACEBOOK OH FACEBOOK !!!!

FACEBOOK OH FACEBOOK
Engkau datang ke dalam hidup insan penuh dengan sensasi,
Semua orang cakap pasal dirimu setiap hari,
Yang dewasa, remaja dan kanak-kanak pun tak terkecuali,
Malah para pemimpin mempromosi dirimu ke seluruh negara dan negeri,
Facebook sebagai medium bersosial terkini.

FACEBOOK OH FACEBOOK
Bukan setakat itu sahaja,
Malah ramai ulama berbincang baik dan buruknya,
Samada memberikan manfaat atau memudharat sifatnya,
Ibarat pisau yang memotong makanan atau meluka manusia,
Ia berbalik pada niat dan cara si pengguna.

FACEBOOK OH FACEBOOK
Engkau dibuka manusia hampir setiap waktu,
Ada yang berdakwah, ada yang merapu,
Ada yang berukhuwwah, ada yang jadi seteru,
Dulu hanya di depan komputer manusia mengadapmu,
Kini dalam telefon bimbit ke sana ke sini asyik denganmu.

hebatkan???canggih kan???

FACEBOOK OH FACEBOOK
Banyak aib manusia telah engkau dedahkan,
Aurat si gadis dan wanita menjadi tontonan,
Masalah rumahtangga habis ditelanjangkan,
Hilanglah malu, tergadailah maruah ramai insan,
Zaman fitnah semakin jelas kelihatan.

FACEBOOK OH FACEBOOK
Akal dan nafsu selalu berperang tatkala menggunakanmu,
Kaum Adam dan Hawa berbual kurang malu,
Ada yang nakal terus tersangkut melulu,
Syaitan ketawa kerana ‘ikan dah masuk bubu’,
Gejala sosial ganda beribu-ribu.



FACEBOOK OH FACEBOOK
Banyak rahsia dan cerita manusia telah terdedah,
“Hari ni aku makan di restoran Mak Kiah”,
“Oh, aku sangat rindukan si Milah”,
“Alamak, bulu hidung aku panjang sebelah”,
“Fuyyo, dahsyatnya kereta orang jiran sebelah”,
“Ah, aku kesedihan hari ini kerana dimarahi mak dan abah”,
“Cit, kucing tu berak lagi…aarghhh!”
“Best, hari ni RM50 aku sedekah”
Macam-macam gelagat manusia terkisah,
Ada yang betul caranya dan ada yang salah.


mcm ni rupa org yg tersengih sorg2 dpn facebook !!!

FACEBOOK OH FACEBOOK
Engkau beri juga ruang untuk kongsi tips dan juga nasihat,
Supaya terpapar hal bermanfaat untuk dunia dan akhirat,
Mengingatkan manusia yang leka dan selalu tak ingat,
Kerana sedar ia adalah tuntutan syariat,
Menjadi bekalan hasanah, membaiki diri dan masyarakat.

FACEBOOK OH FACEBOOK
Keasyikan terhadapmu membuatkan ramai gian,
Walaupun niat di hati nak berdakwah dan buat kebajikan,
Ada yang sampai anak dan isteri dilupakan,
Mereka lupa itulah permata hati dan warisan,
Dakwah yang paling utama dan mesti didahulukan.

FACEBOOK OH FACEBOOK
Engkau membuatkan manusia selalu sibuk dengan Facebook,
Tengah berbual dengan kawan di gerai, orang berFacebook,
Tengah makan dengan anak dan isteri, sempat lagi berFacebook,
Tengah mesyuarat pun ada orang berFacebook,
Tengah berbincang dengan mak ayah pun, tangan menaip di Facebook,
Tengah pensyarah memberi ilmu, aik sempat lagi Facebook?
Aduh, kenapa begitu sekali wahai Facebook?
Ramai orang tidak lagi di alam nyata, mereka asyik di alam Facebook,
Makan: Facebook, minum: Facebook, bermain: Facebook, berjalan: Facebook…
Facebook…Facebook…Facebook!

FACEBOOK OH FACEBOOK
Engkau kini semakin dahsyat,
Memberi kesan baik dan buruk pada masyarakat,
Terpulang pada kami untuk memanfaatkan atau ditimpa mudharat,
Mudah-mudah engkau akan menjadi saksiku di akhirat,
Bahawa aku telah menggunakanmu untuk berbuat taat.

mcm penjara paham...!!!

nota kaki : di'copy n paste' dari sahabat...
http://www.facebook.com/#!/home.php?sk=group_181469431874074&notif_t=group_activity

Saturday, April 23, 2011

pesanan buat kaum HAWA !!!


Gadisku... sesungguhnya kejadianmu terlalu unik, tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok menghiasi taman-taman indah lantas menjadi perhatian sang kumbang. 
Kau umpama sekuntum bunga, harum aromamu bisa menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu.
Namun...tidak semua bunga senang untuk didekati oleh sang kumbang lantaran duri yang memagari diri, umpama mawar merah, dari kejauhan sudah terhidu akan keharumannya serta panahan warnanya yang terserlah indah mengundang kekaguman kepada sang kumbang.. tapi awas.. duri yang melingkari dirinya bisa membuatkan sang kumbang berfikir beberapa kali sebelum mendekatinya.
Gadisku...
Aku suka sekirannya kau seperti mawar aspirasi setiap mujahadah. Bentengilah kubu dirimu dengan perasaan malu yang bertunjangkan rasa keimanan dan keindahan taqwa kepada Allah. 
Hiasilah wajahmu dengan titisan wudhuk. Ingatlah bahawa cirri-ciri seorang wanita solehah ialah dia tidak melihat kepada lelaki dan lelaki tidak melihat kepadanya. 
Sesuatu yang tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang terdedah...umpama sebutir permata yang didedahkan untuk perhatian umum dengan permata yang diletakkan dalam satu bekas yang tertutup...sudah pasti keinginan diri kuat untuk melihat permata yang tersembunyi rapi tentulah melebihi daripada yang terdedah.
Wanita solehah yang taat dan patuh kepada Al-Khaliq dalam melayari liku-liku kehidupannya adalah harapan setiap insan yang bernama Adam.
Namun, segalanya memerlukan pengorbanan dan mujahadah yang tinggi kerana bertentangan dengan nafsu serakah yang bersarang di dalam dirimu lebih-lebih lagi 'title' gadis yang engkau miliki, sudah pastinya darah mudamu mencabar rasa keimanan yang ada.
Namun ingatlah gadisku, sesiapa yang inginkan kebaikan maka Allah pasti akan memudahkan baginya jalan-jalan kearah itu. Yang paling penting gadisku engkau mestilah mempunyai azam, usaha dan istiqamah.
Gadisku...
Akuilah dirimu menjadi fitnah kepada kebanyakan lelaki. Seandainya pakaian malumu kau tanggal dari tubuhmu maka sudah tidak ada lagi perisai yang dapat membentengimu.
Sesungguhnya Nabi S.A.W ada mengatakan tentang bahaya dirimu "Tidak ada suatu fitnah yang lebih besar yang lebih bermaharajalela selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain fitnah yang berpunca daripada wanita".
Oleh itu gadisku, setiap langkah dan tindakanmu hendaklah berpaksikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.
Jangan biarkan orang lain mengeksploitasi dirimu untuk kepentingan tertentu.
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam, kau harapan ummah dalam melahirkan para mujahid dan mujahidah yang bisa menggoncangkan dunia dengan sentuhan lembut tanganmu.
Gadisku...
Dalam hidupmu engkau pastinya ingin disayangi dan menyayangi, itulah fitrah semulajadi setiap insan, namun ramai antara kaummu yang tewas kerana cinta.
Bercinta itu tidak salah, tetapi memuja cinta itu yang salah. Ini kerana disebabkan cinta manusia sanggup menjual agama dan kerana cinta juga maruah tergadai.
Gejala murtad serta keruntuhan moral muda-mudi sebahagian besarnya kerana cinta. Benarlah sabda Rasullullah S.A.W yang membawa maksud "Sesungguhnya cinta itu buta". 
Cinta itu mampu membutakan mata dan hatimu dalam membezakan perkara yang hak dan batil jika engkau meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan bukan kerana Allah S.W.T.
Sebelum engkau mendekati cinta, cintailah dirimu terlebih dahulu, mengkaji hakikat kejadianmu yang begitu simbolik, yang berasal daripada setitis air yang tidak beharga lalu mengalami proses pembentukan yang direncanakan oleh Allah S.W.T. 
Semoga itu mampu melahirkan rasa keagungan dan kehebatan terhadap Allah dan timbul rasa cinta dan kasih kepada Penciptamu.
Gadisku...
Menyintai Allah dan Rasul melebihi cinta terhadap makhluk adalah cinta hakiki dan abadi kerana hati yang pecah dan retak apabila diberikan kepada makhluk pastinya akan bertambah retak dan terburai.
Tetapi, apabila hatimu diserah kepada Allah sudah pasti akan bertaut kembali.
Dalam usia mudamu, sibukkanlah diri dengan ilmu yang mampu menajamkan akal dan mampu membina sahsiah muslimahmu.
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan tidak mampu bertapak dalam hati orang yang melakukan maksiat.
Akhir kalam, terimalah kata-kata seorang ahli sufi iaitu Rabiatul Adawiyah sebagai renungan bersama.
"Cintakan manusia itu tidak mewujudkan kabahagian yang hakiki untuk seorang insan dan ia tidak kekal abadi kerana manusia itu sering membuatkan seseorang kecewa, gagal, merasa terseksa.
Oleh itu, tiada suatu cinta pun yang dapat membuahkan kebahagian dan kenikmatan yang kekal abadi kecuali cinta kepada pencipta manusia itu sendiri..."

nota kaki : di'copy n paste' dari- Artikel iluvislam.com......

Wednesday, April 20, 2011

Unik Sengoti Negeri Ambo, Negeri Kelate!!!!!!! demo cayo dok???

ni ambo nk cerito psl ore di negeri Klate Serambi Mekoh...
ni bkn cerito keunikan melayu Klate,
tp nk cerito keunikan cino Klate...
ore cino Klate ni xsmo dgn ore cino negeri len...
ni bkn crito bohong,ni bkn cerito rekaan,
ini cerito benar,xdok hok bnr selain yg bnr2 blako...
cayo ko dok????

(translate kok bhsa melayu btol)
ni P.A.M nk cerita tentang orang di negeri KELANTAN SERAMBI MEKAH...
ni bkn cerita tentang keunikan org Melayu Kelantan,
tp P.A.M nk cerita tentang keunikan org CINA KELANTAN...
org CINA KELANTAN xsama dgn org cina negeri lain...
ni bkn cerita bohong,ni bkn cerita rekaan,
ini cerita benar,tiada yang benar selain yang benar belaka...
percayakah atau tidak????


Ambo Cino Kelate'


lawa dok???agak2 la,cina ke melayu???
fikir la sndiri !!!

tgk tu,ciap men ngn burung lg...!!!

CINA yang bukan Cina, Siam pun bukan, jauh sekali Melayu. Itulah gambaran pertama dilontarkan penduduk Kelantan ketika diminta berkongsi mengenai masyarakat Cina Peranakan di negeri Cik Siti Wan Kembang ini. Terbukti, kata-kata mereka bukan sekadar tanggapan biasa kerana ia menepati perwatakan masyarakat itu.

Manakan tidak, Cina Peranakan di Kelantan sangat unik dan lain daripada yang lain. Jika berlegar di sekitar perkampungan kecil sekitar Kelantan, terutama di sepanjang pesisir Sungai Kelantan, pasti sukar untuk mengenal pasti siapa Melayu, Cina atau Siam. Semuanya sama saja.
Bukan setakat bahasa pertuturan, malah pakaian, makanan dan rupa paras tidak ada bezanya dengan orang Melayu. Kulit orang Cina Peranakan kebanyakannya sawo matang. Mata tidak terlalu sepet seperti kebanyakan orang Cina lainnya. Lebih mengelirukan, bahasa Melayu loghat Kelantan mereka sangat pekat dan lancar.

Lebih menambah kekeliruan, hampir semua orang Cina Peranakan yang ditemui penulis memulakan perbualan dengan ‘Assalamualaikum’ selain turut diselitkan ‘Alhamdulillah’ dan ‘Insya-Allah’ ketika berbual. Ditambah dengan kain sarung yang tak lekang dari tubuh, proses mengenal pasti bangsa mereka menjadi semakin rumit.

Sudahnya, penulis terpaksa bertanya adakah mereka Melayu atau Cina dan semuanya akan tertawa dulu sebelum menjawab dalam loghat pekat Melayu Kelantan - “Kawe Cino. Bakpo demo tok ce kawe ni Cino?” (Saya Cina. Kenapa pula awak tak cam yang saya ni Cina).

Pasti setiap kali jawapan begitu keluar dari mulut mereka, lantas rasa malu mula terasa di hati penulis dan sesi perbualan menjadi tersekat-sekat. Namun, apabila proses temubual diteruskan, secara perlahan-lahan datang rasa lupa bahawa di depan itu seorang Cina kerana mereka lebih Melayu daripada Melayu sebenar.
Tidak ada sepatah pun bahasa Cina digunakan meskipun berbual dalam kalangan mereka sendiri. Pendek kata, bahasa Melayu Kelantan boleh diangkat sebagai bahasa rasmi mereka. Ketika ditanya, mereka sebenarnya bukan tidak tahu bahasa Cina atau bahasa Hokkien iaitu asal keturunan mereka. Jika mereka berbahasa Hokkien, pasti nahu dan tata bahasanya akan tunggang langgang sekali gus memeningkan kepala.

Lupakan seketika keunikan itu kerana ada persoalan yang mahu dikupas mengenai siapa sebenarnya mereka. Adakah Cina Peranakan di Kelantan wujud akibat campuran budaya yang menebal selepas membesar dalam kelompok masyarakat Melayu atau sememangnya mereka mempunyai darah perkahwinan campur antara orang Cina Hokkien dengan orang Melayu dan mungkin juga Siam?

Pengerusi Persatuan Peranakan Cina Kelantan, Law Awang, 60, menafikan tanggapan kedua. Beliau mempunyai keyakinan bukan semua orang Cina Peranakan atau juga dikenali Cina Kampung mempunyai darah perkahwinan campur dengan orang tempatan sama ada Melayu atau Siam.

“Tidak semua. Memang ada sebahagian nenek moyang kami yang memasuki Kelantan sejak ratusan tahun dulu pernah berkahwin dengan orang Siam tempatan tetapi tidak semua. Ada yang berkahwin dengan wanita di China dan berhijrah ke sini, seterusnya tinggal di pesisir sungai seperti orang lain.

“Saya melihat kewujudan masyarakat ini lebih kepada campuran budaya dengan orang Melayu dan Siam. Selepas beratus-ratus tahun mewujudkan generasi kedua dalam kelompok masyarakat asal itu, ia sekali gus mengubah budaya dan cara hidup orang Cina Kampung kepada budaya tempatan.

“Sebenarnya, istilah Cina Peranakan pun baru saja diberikan pengkaji, Prof Dr Tan Chee Bee. Sebelum ini, kami dikenali pelbagai gelaran seperti Poa Teng Huan (separuh Cina, separuh Melayu) dan Poa Teng Siam (separuh Siam) oleh orang Cina Bandar.

“Orang Melayu pula mengenali kami sebagai Cina Kampung, Cina Kelantan atau Cina Kita. Masyarakat ini wujud bukan disebabkan darah keturunan perkahwinan campur tetapi siapa saja yang ibu bapanya lahir di Kelantan, anak mereka pun lahir di Kelantan serta mengamalkan cara hidup Melayu layak digelar Cina Peranakan,” katanya.

Namun, di sebalik penafiannya mengenai masyarakat itu bukan berdarah keturunan Cina dan Siam, ada satu persoalan yang sukar untuk beliau sendiri huraikan. Jika benar Cina Peranakan hanya mendapat gelaran itu disebabkan campuran budaya dan cara hidup, bagaimana pula wajah mereka mirip Melayu atau Siam?

Jika orang Cina lain mempunyai kulit putih melepak, kebanyakan Cina Peranakan berkulit sawo matang. Bentuk muka juga langsung tidak sama dengan Cina lain. Sekali pandang, sukar untuk mempercayai mereka adalah orang Cina kecuali selepas melihat kad pengenalan mereka.

Nama mereka juga tidak melambangkan Cina sebenar dengan ada yang menggunakan nama Awang, Dollah dan sebagainya. Justeru, jika benar tiada campuran darah Siam atau Melayu, mana mungkin mampu merubah karakter wajah Cina semata-mata kerana percampuran budaya?

“Susah untuk mendefinisikan masyarakat ini. Apa yang pasti Cina Peranakan merujuk masyarakat Cina Kampung yang mengamalkan budaya hidup kampung seperti orang Melayu dan Siam. Dalam perlembagaan persatuan misalnya, selain sekurang-kurangnya dua generasi lahir di Kelantan, menggunakan bahasa Cina Kampung dan Melayu Kelantan, individu itu juga mesti berbudaya Cina Kampung untuk layak digelar Cina Peranakan.

“Namun, kami akui wajah kami ada mirip orang Melayu dan Siam. Saya juga setuju ramai nenek moyang kami dulu berkahwin dengan orang Siam tetapi saya difahamkan tidak semua. Tapi... bagaimana pula wajah kami tidak nampak seperti Cina,” keluh Law Awang sambil mengerutkan dahinya.

Persoalan yang sukar untuk dihuraikan kerana tidak ada bukti sejarah bertulis untuk memperincikan punca kewujudan masyarakat ini. Berbeza dengan Jawi Peranakan (Melayu Peranakan) di Pulau Pinang atau Chetti Melaka (Hindu Peranakan) yang jelas wujud kerana perkahwinan campur orang dari India dengan anak tempatan terutama Melayu.

Apapun, Cina Peranakan tetap unik dan sukar untuk ditemui di mana-mana. Loghat Melayu Kelantan itu sendiri sudah terlalu unik, ditambah pula apabila ia dituturkan oleh orang Cina tanpa sebarang bunyi pelat. Karakter dan perwatakan mereka ada kalanya kelihatan lebih Melayu daripada Melayu sendiri.

Permainan wayang kulit menjadi kegemaran mereka. Malah, ada beberapa tok dalang dalam kalangan masyarakat itu dengan dua daripadanya sudah dikenali di Kelantan. Jika kita berada di depan pentas mendengar celoteh Tok Dalang yang melontarkan dialog watak wayang kulit, pasti tidak tahu ia dikeluarkan dari mulut seorang Cina!

Begitu juga jika merayau di sekitar kampung. Jangan terkejut melihat semuanya (kecuali orang muda) berkain sarung (batik atau pelikat). Wanita menyapu sampah di halaman berkain batik dan suaminya pula leka membaca akhbar berbahasa Melayu berkain pelikat.

Tidak cukup dengan itu, ramai juga dalam kalangan mereka mahir menulis dan membaca tulisan Jawi. Terpegun seketika penulis apabila berjumpa dengan beberapa warga emas Cina Peranakan yang petah berpantun sambil seorang lagi mengarang kembali pantun itu dengan tulisan Jawi. Hebat! Orang Melayu pun tidak ramai pandai menulis Jawi.

Mereka masih mendiami kawasan pesisir sungai kerana meneruskan cara hidup sejak dulu iaitu bertani. Tidak ramai berpindah ke bandar kecuali golongan muda yang memilih untuk mengubah taraf hidup sendiri. Namun, dengan hidup bertani, mereka sudah dianggap mewah kerana memiliki tanah puluhan ekar dengan kebanyakannya memfokuskan kepada tanam padi dan buah salak. - Bersambung esok.

Seramai 16,000 diami negeri Siti Wan Kembang

GELARAN Cina Kampung atau Cina Kita diberikan kepada masyarakat Cina Peranakan di Kelantan sejak berzaman lamanya oleh masyarakat Melayu dan Siam. Ada juga yang menggelar mereka Cina Kelantan. Gelaran Cina Peranakan dikatakan baru saja diberikan seorang pengkaji, Dr Tan Chee Beng.

Merujuk gelaran yang pernah diberikan orang Melayu dulu dan masih selesa digunakan hingga kini, jelas menunjukkan latar belakang masyarakat Cina berbudaya Melayu itu yang mendiami kawasan kampung di pesisir sungai Kelantan.

Mereka memang orang Cina di kampung. Budaya dan rutin hidup mereka cara orang kampung. Makanan, pakaian, pertuturan dan apa saja yang dilakukan saban hari adalah cara orang kampung. Hanya agama yang membezakan mereka dengan orang Melayu, selebihnya sama saja.

Mereka makan masak lemak, nasi kerabu, sambal belacan, jering dan apa saja masakan orang Melayu. Mereka berkain sarung di rumah. Malah, mereka juga percaya kepada bomoh, antara kepercayaan yang sinonim dengan orang Melayu atau Siam.

Di Kelantan, ada 47 kampung tradisional yang sejak dulu didiami masyarakat berketurunan Cina dan dikatakan penempatan itu bermula sejak 600 tahun dulu dengan kebanyakannya terletak di tebing sungai dari Kota Bharu hingga ke Gua Musang dalam jarak lebih kurang 180 kilometer.

Mengikut rekod Persatuan Peranakan Cina Kelantan, ada hampir 16,000 Cina Peranakan di Kelantan dengan hanya hampir 2,000 daripadanya sudah berhijrah dan menetap di bandar, manakala sebahagian besarnya masih kekal di kampung.

Kampung Mata Ayer di jajahan Machang menjadi kampung dengan penempatan paling ramai iaitu lebih kurang 2,000 orang, diikuti Kampung Kulim, Kampung Dusun Pulai dan Kampung Pasir Parit yang penduduknya dianggarkan lebih kurang 1,000 orang.

Uniknya, penempatan mereka di kebanyakan kampung dibina secara terancang dan tersusun. Jika kita menjengah ke kebanyakan lokasi perkampungan sekitar Kelantan, tidak disangka ada orang Cina di situ kerana kebiasaannya akan melalui deretan rumah orang Melayu.

Selepas meneroka ke kawasan lebih dalam iaitu sehingga ke tebing sungai, baru kelihatan ada rumah dihiasi tanglung atau patung Buddha. Paling tidak pun, tulisan Cina berwarna merah menghiasi pintu rumah kampung yang coraknya seakan-akan rumah Melayu, cuma atapnya lebih runcing.

Kekeliruan pasti timbul kerana meskipun sudah melalui kawasan deretan rumah yang dihiasi objek orang Cina, sukar untuk membezakan mereka kerana ada berwajah Melayu atau Siam. Jika disapa, pertuturan mereka tidak langsung melambangkan orang Cina kerana pelat mereka sudah tiada.

Justeru, itulah keunikan mereka kerana mampu berjiran dengan masyarakat Melayu, apatah lagi dapat menyerap budaya di sekeliling mereka.

nota kaki : ni ambo kopi paste dari page ni 

Dialog antara Rasulullah S.A.W dan Iblis Laknatullah


Dari: Muadz bin Jabal dari Ibn Abbas
Ketika kami sedang bersama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansar, tiba-tiba terdengar panggilan seseorang dari luar rumah: “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk? Sebab kalian akan memerlukanku.”Rasulullah bersabda: “Tahukah kalian siapa yang memanggil?”Kami menjawab: “Allah dan RasulNya yang lebih tahu.”Baginda menerangkan, “Itu Iblis, laknat Allah bersamanya.”

Umar bin Khattab berkata: “Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah”. Nabi SAW menahannya: “Sabar wahai Umar, bukankah kamu tahu bahwa Allah memberinya kesempatan hingga hari kiamat? Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan oleh Allah untuk ini, fahamilah apa yang hendak ia katakan dan dengarkan dengan baik.”

Ibnu Abbas RA berkata: pintu lalu dibuka, ternyata dia seperti seorang orang tua yang cacat satu matanya. Di janggutnya terdapat 7 helai rambut seperti rambut kuda, taringnya terlihat seperti taring babi, bibirnya seperti bibir sapi. Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin…”Rasulullah SAW lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah SWT, sebagai mahluk terlaknat, apa keperluanmu?”Iblis menjawab: “Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kemahuanku, namun kerana terpaksa.”“Siapakah yang memaksamu?”

Seorang malaikat dari utusan Allah telah mendatangiku dan berkata: “Allah SWT memerintahkanmu untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. beritahu Muhammad tentang caramu dalam menggoda manusia. jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu debu yang ditiup angin.”“Oleh kerana itu aku sekarang datang kepadamu. Tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku daripada cacian musuh.”

Orang Yang Dibenci Iblis

Rasulullah SAW lalu bertanya kepada Iblis: “Kalau kau benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?” Iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang sepertimu adalah mahkluk Allah yang paling aku benci.” “Siapa selanjutnya?” “Pemuda yang bertakwa yang memberikan dirinya mengabdi kepada Allah SWT.” “lalu siapakah lagi?”“Orang Aliim dan warak” “Siapakah lagi?”“Orang yang selalu bersuci.” “Siapa lagi?” “Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kesulitannnya kepada orang lain.” “Apa tanda kesabarannya?”
“Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluhkan kesulitannya kepada orang lain selama 3 hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar.” ” Selanjutnya apa?” “Orang kaya yang bersyukur.”“Apa tanda kesyukurannya?” “Ia mengambil kekayaannya dari tempatnya, dan mengeluarkannya juga dari tempatnya.”“Orang seperti apa Abu Bakar menurutmu?” “Ia tidak pernah menurutiku di masa jahiliyah, apalagi dalam Islam.”

“Umar bin Khattab?”“Demi Allah setiap berjumpa dengannya aku pasti kabur.”“Usman bin Affan?”“Aku malu kepada orang yang malaikat pun malu kepadanya.”(Saidina Usman sentiasa dibibirnya membaca ayat Al-Qur'an)“Ali bin Abi Thalib?”“Aku berharap darinya agar kepalaku selamat, dan berharap ia melepaskanku dan aku melepaskannya. tetapi dia tak akan mahu melakukan itu.” (Saidina Ali bin Abi Talib selalu berdzikir terhadap Allah SWT)

Amalan Yang Dapat Menyakiti Iblis

“Apa yang kau rasakan jika melihat seseorang dari umatku yang hendak solat?”“Aku merasa panas dingin dan gemetar.”“Kenapa?”“Sebab, setiap seorang hamba bersujud 1x kepada Allah, Allah mengangkatnya 1 darjat.”“Jika seorang umatku berpuasa?”“Tubuhku terasa terikat hingga ia berbuka.”“Jika ia berhaji?”“Aku seperti orang gila.”“Jika ia membaca al-Quran?”“Aku merasa meleleh laksana timah di atas api.”“Jika dia bersedekah?”“Itu sama saja orang tersebut membelah tubuhku dengan gergaji.”“Mengapa boleh jadi sebegitu?”

“Sebab dalam sedekah ada 4 keuntungan baginya. Iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau dari dirinya.”“Apa yang dapat mematahkan pinggangmu?”“Suara kuda perang di jalan Allah.”“Apa yang dapat melelehkan tubuhmu?”“Taubat orang yang bertaubat.”“Apa yang dapat membakar hatimu? ”“Istighfar di waktu siang dan malam.”“Apa yang dapat menconteng wajahmu?”“ Sedekah yang diam–diam.”“Apa yang dapat menusuk matamu?”“Solat fajar.”“Apa yang dapat memukul kepalamu?”“Solat berjamaah.”“Apa yang paling
mengganggumu? ”“Majlis para ulama'.”“Bagaimana cara makanmu?”“Dengan tangan kiri dan jariku.”“Dimanakah kau menaungi anak–anakmu di musim panas?”“Di bawah kuku manusia.”

Manusia Yang Menjadi Teman Iblis

Nabi SAW lalu bertanya : “Siapa temanmu wahai Iblis?”“Pemakan riba.”“Siapa sahabatmu?”“Pezina.”“Siapa teman tidurmu?”“Pemabuk.”“Siapa tetamumu?”“Pencuri.”“Siapa utusanmu?”“Tukang sihir.”“Apa yang membuatmu gembira?”“Bersumpah dengan cerai.”“Siapa kekasihmu?”“Orang yang meninggalkan solat jumaat”“Siapa manusia yang paling membahagiakanmu?”“Orang yang meninggalkan solatnya dengan sengaja.”

Iblis Tidak Berdaya Di hadapan Orang Yang Ikhlas

Rasulullah SAW lalu bersabda : “Segala puji bagi Allah yang telah membahagiakan umatku dan menyengsarakanmu.”Iblis segera menimpali:“Tidak,tidak.. tak akan ada kebahagiaan selama aku hidup hingga hari akhir. Bagaimana kau boleh berbahagia dengan umatmu, sementara aku boleh masuk ke dalam aliran darah mereka dan mereka tak dapat melihatku.

Demi yang menciptakan diriku dan memberikanku kesempatan hingga hari akhir, aku akan menyesatkan mereka semua. Baik yang bodoh, atau yang pintar, yang boleh membaca dan tidak boleh membaca, yang durjana dan yang soleh, kecuali hamba Allah yang ikhlas.”
“Siapa orang yang ikhlas menurutmu?”“Tidakkah kau tahu wahai Muhammad, bahwa barangsiapa yang menyukai emas dan perak, ia bukan orang yang ikhlas. ““Jika kau lihat seseorang yang tidak menyukai dinar dan dirham, tidak suka pujian dan sanjungan, aku bisa pastikan bahwa dia orang yang ikhlas, maka aku meninggalkannya. ““Selama seorang hamba masih menyukai harta dan sanjungan dan hatinya selalu terikat dengan kesenangan dunia, dia sangat patuh padaku.”

Iblis Dibantu oleh 70,000 Anak-Anaknya

“Tahukah kamu Muhammad, bahwa aku mempunyai 70,000 anak. Dan setiap anak memiliki 70,000 syaitan. Sebahagian ada yang aku tugaskan untuk mengganggu ulama'. Sebahagian untuk menggangu anak–anak muda, sebahagian untuk menganggu orang-orang tua, sebahagian untuk mengganggu wanita–wanita tua, sebahgian anak-anakku juga aku tugaskan kepada para Zahid. Aku mempunyai anak yang suka mengencingi telinga manusia sehingga dia tidur pada solat berjamaah. tanpanya, manusia tidak akan mengantuk pada waktu solat berjamaah.Aku aad anak yang suka menaburkan sesuatu di mata orang yang sedang mendengarkan ceramah ulama' hingga mereka tertidur dan pahalanya terhapus.

Aku ada anak yang senang berada di lidah manusia, jika seseorang melakukan kebajikan lalu ia ceritakan kepada manusia, maka 99% pahalanya akan terhapus.Pada setiap seorang wanita yang berjalan, anakku dan syaitan duduk di pinggul dan pahanya, lalu menghiasinya agar setiap orang memandanginya.”

Syaitan juga berkata, “keluarkan tanganmu”, lalu dia mengeluarkan tangannya lalu syaitan pun menghiasi kukunya.“Mereka, anak – anakku selalu meyusup dan berubah dari satu keadaan ke keadaan lainnya, dari satu pintu ke pintu yang lainnya untuk menggoda manusia hingga mereka terhempas dari keikhlasan mereka. Akhirnya mereka menyembah Allah tanpa ikhlas, namun mereka tidak merasa. Tahukah kamu, Muhammad? bahwa ada rahib yang telah beribadat kepada Allah selama 70 tahun. Setiap orang sakit yang didoakan olehnya, sembuh seketika. Aku terus menggodanya hingga dia berzina, membunuh dan kufur.”

Cara Iblis Menggoda

“Tahukah kau Muhammad, dusta berasal dari diriku?Akulah mahluk pertama yang berdusta.Pendusta adalah sahabatku. barangsiapa bersumpah dengan berdusta, dia kekasihku.Tahukah kau Muhammad?Aku bersumpah kepada Adam dan Hawa dengan nama Allah bahwa aku benar – benar menasihatinya. Sumpah dusta adalah kegemaranku.Ghibah (gosip) dan Namimah (mengadu domba) kesenanganku. Kesaksian palsu kegembiraanku.

Orang yang bersumpah untuk menceraikan isterinya, dia berada di pinggir dosa walau hanya sekali dan walaupun ia benar. Sebab barangsiapa membiasakan dengan kata–kata cerai, isterinya menjadi haram baginya. Kemudian dia akan beranak cucu hingga hari kiamat. jadi semua anak–anak zina dand ia masuk neraka hanya kerana satu kalimat, CERAI.

Wahai Muhammad, umatmu ada yang suka melambat-lambatkan solat. Setiap dia hendak berdiri untuk solat, aku bisikan padanya waktu masih lama, kamu masih sibuk, lalu dia manundanya hingga dia melaksanakan solat di luar waktu, maka solat itu dipukulkannya kemukanya.Jika dia berhasil mengalahkanku, aku biarkan dia solat. Namun aku bisikkan ke telinganya ‘lihat kiri dan kananmu’, diapun menoleh. pada saat itu aku usap dengan tanganku dan kucium keningnya serta aku katakan ’solatmu tidak sah’

Bukankah kamu tahu Muhammad, orang yang banyak menoleh dalam solatnya akan dipukul.Jika dia solat sendirian, aku suruh dia untuk bergegas. dia pun solat seperti ayam yang mematuk beras. jika dia berjaya mengalahkanku dan dia solat berjamaah, aku ikat lehernya dengan tali, hingga dia mengangkat kepalanya sebelum imam, atau meletakkannya sebelum imam.Kamu tahu bahwa melakukan itu batal solatnya dan wajahnya akan berubah menjadi wajah keldai. Jika ia berjaya mengalahkanku, aku tiup hidungnya hingga dia menguap dalam solat. Jika dia tidak menutup mulutnya ketika mnguap, syaitan akan masuk ke dalam dirinya, dan membuatnya menjadi bertambah serakah dan gila dunia. Dan diapun semakin taat padaku.

Kebahagiaan apa untukmu, sedang aku memerintahkan orang miskin agar meninggalkan solat. aku katakan padaknya, ‘kamu tidak wajib solat, solat hanya wajib untuk orang yang berkemampuan dan sihat. orang sakit dan miskin tidak, jika kehidupanmu telah berubah baru kau solat.’Dia pun mati dalam kekafiran. Jika dia mati sambil meninggalkan solat maka Allah akan menemuinya dalam kemurkaan.
Wahai Muhammad, jika aku berdusta Allah akan menjadikanku debu.Wahai Muhammad, apakah kau akan bergembira dengan umatmu padahal aku mengeluarkan satu per enam mereka dari islam?”

10 Hal Permintaan Iblis kepada Allah SWT

“Berapa hal yang kau pinta dari Tuhanmu?”“10 macam”“Apa saja?”“Aku minta agar Allah membiarkanku berbagi dalam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan. Firman Allah: "Dan perdayakan sesiapa di antara yang engkau (iblis) sanggup dengan suaramu (yang memukau), kerahkan pasukanmu terhadap mereka, yang berkuda dan yang berjalan kaki, dan bersekutulah mereka pada harta dan anak-anak lalu beri janjilah kepada mereka." padahal syaitan itu hanya menjanjikan tipuan belaka kepada mereka. (Surah Al-Isra': 64) .Iblis berkata lagi,“Harta yang tidak dizakatkan, aku makan darinya. Aku juga makan dari makanan haram dan yang bercampur dengan riba, aku juga makan dari makanan yang tidak dibacakan nama Allah.

Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang yang berhubungan dengan isterinya tanpa berlindung dengan Allah, maka syaitan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.Aku minta agar dapat ikut bersama dengan orang yang menaiki kendaraan bukan untuk tujuan yang halal.Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi/ tandas sebagai rumahku. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku. Aku minta agar Allah menjadikan syair sebagai Quranku. Aku minta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.Aku minta agar Allah memberikanku saudara, maka Dia jadikan orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat sebagai saudaraku.”

Allah berfirman,“Sesungguhnya orang-orang boros adalah saudara–saudara syaitan, sedangkan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya. ” (Surah Al-Isra : 27).“Wahai Muhammad, aku minta agar Allah membuatku dapat melihat manusia sementara mereka tidak dapat melihatku.Dan aku minta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab, “silakan”, dan aku bangga dengan hal itu hingga hari kiamat. Sebahagian besar manusia bersamaku di hari kiamat.”

Iblis berkata : “Wahai Muhammad, aku tak bisa menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya bisa membisikan dan menggoda. Jika aku bisa menyesatkan, tak akan tersisa seorangpun…!!! Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya Rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya dapat menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.”

Rasulullah SAW lalu membaca ayat :“Dan jika Tuhanmu mengkehendaki, tentu Dia jadikan manusia umat yang satu, tetapi mereka sentiasa berselisih (pendapat). kecuali orang yang diberi rahmat oleh Tuhanmu dan untuk itulah Allah menciptakan mereka, Kalimah Tuhanmu telah tetap, "Aku pasti akan memenuhi neraka jahanam dengan jin dan manusia yang (derhaka) semuanya.” (Surah Hud :118 – 119) dan baginda juga membaca,“... sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku” (Surah Al-Ahzab : 38) Iblis lalu berkata: “Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering.

Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin mahluk-mahluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong.”

Monday, April 18, 2011

PERKAHWINAN PALING BERKAT ADALAH YANG PALING MURAH BELANJANYA !!!!!!!

nabi kata perkahwinan yg plg berkat adalah yg plg murah mas kahwinnya...
tp malangnya,kebnyakan manusia tidak mahu ape yg nabi kata,
mereka tetap mahu apa yg org rmai gunapakai skrg ni...
org rmai itu bermaksud org yg selalu menaikkan harga mas kawin...
maka,mereka itu adalah org jahil....
knp ibu bapa skrg selalu letakkan harga mas kawin yg mahal...
sdgkan di adalah suami yg akan menanggung dosa anak2 mereka..
jadi,knp ibu bapa letak harga mahal2????,
sdgkan si lelaki itu mahu tolong ibu bapa tanggung beban dosa anak perempuannya..
selesai shja akad nikah,maka segala dosa si perempuan tersebut akan ditanggung oleh si lelaki...

ore nk tolong tnggung doso anak dia,dio plop pndai2 nk letok hargo mhl2...
xtahu malu sungguh...xreti bersyukur lasung...
sptutnya koho muroh la sbb lelaki tu nk ambik tugas ibu bapa tolong pikul doso ore pue td...

nk thu lbh lnjut lg dgr ceramaoh USTAZ AZHAR IDRUS dlm video bwh ni....


ambik iktibar dri video ni,jgn dgr sajo jah...




ok,kalu xpehe gapo hok ambo tulis,xpyoh baco,dgr video ni sudoh...kalu xpehe jgk,xpyoh dgr n xpyoh baco....ayat kube lana,mklumla,ore bru nk blaja nulis...hahahhahahaha...
ayat kube xpo,janji ambo puah ati sbb bleh tulis gapo hok ambo nk oyk
n ado msj hok ambo nk smpaikan....
sbb tu ni ore pnggl diari moden,sbb kito tulis gapo hok kito nk kato...
jolo dok?????

Sunday, April 17, 2011

ZIZAN NYANYI RAP ????

tidak ku sangka zizan nyanyi...hahahaha.....
tp best gak dia nyanyi...
kalo nk tau bez ke tak dgr video klip kat bwh tu...
selamat mendengar....




Saturday, April 16, 2011

KETURUNAN IBLIS


Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, iblis berkembang biak menghasilkan 5 jenis keturunan, iaitu:

TSABAR
-kerjanya menimbulkan keluh kesah ke dalam hati orang yang ditimpa musibah sehingga orang itu tergamak menyalahkan TUHAN.

DASIM
-kerjanya menimbulkan rasa cemburu yang melampau ke dalam hati suami dan isteri sehingga mereka bercerai-berai.

AL_A'WAR
-kerjanya menghasut manusia supaya berzina. misalnya mendorong wanita berpakaian seksi dan mendorong pemuda dan gadis berdua-duaan sehingga timbul keinginan antara kedua-duanya melakukan zina.

MISWATH
-kerjanya membisikkan cerita bohong dan meniup rasa buruk sangka ke dalam hati manusia. Miswath juga menghasut manusia supaya menyebarkan fitnah.

ZAKNABUR
-zaknabur menyuntik rasa seronok ke dalam ahti manusia ketika berada di pasar dan pusat beli belah. Kesannya, ramai orang suka menghabiskan masa yang lama di sana, malah sebahagiannya pergi ke sana tanpa sebarang tujuan...


SEMOGA BERMANFAAT KEPADA SEMUA...SEMOGA KITA SENTIASA BERADA DALAM RAHMAT DAN REDHA ILAHI...INSYAALLAH..AMINN...


di'copy n paste' dari facebook.....

baru wat ni wei...xtau gapo skaro lg...

me....


follow me ya....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...