Islamic Widget

Wednesday, May 18, 2011

Malu la Sket..Kita Mati tak Pakai Tudung..dia Syahid Kerana Tudung..


Assalamualaikum para ummat islam yang sedar atau sengaja x nak menyedarkan diri dari terus terlena dengan melayani diri sendiri….



Kisah Seorang Wanita yang Syahid Mempertahankan Hijab..







Dalam kenangan..Mujahidah Islam.

Kisahnya bermula begini, pada Ogos 2008, ketika Dr Marwa al-Sherbini,32, seorang warga Mesir yang bekerja sebagai pharmacist di Jerman sedang berjalan di sebuah taman, jirannya Alex W, 28, seorang imigran Rusia yang sedang menganggur di Jerman telah menggelarnya sebagai seorang terrorist hanya kerana melihatnya berhijab. Lalu Dr Marwa telah mengambil tindakan untuk menfailkan saman terhadap Alex. Dr Marwa mungkin melakukannya untuk mengelakkan lebih ramai lagi wanita Islam yang berhijab sewenang-wenangnya dituduh sebagai terrorist.

Maka pada 1 Julai lalu, setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan bahawa Alex bersalah dan diarahkan membayar denda sebanyak 2800 Euro.
Namun kejadian yang tidak berperikemanusiaan telah berlaku apabila Alex terus menerkam ke arah wanita tersebut dan menikamnya bertubi-tubi sebanyak 18 kali sehingga wanita tersebut mati dihadapan anak lelakinya yang berusia 3 tahun setengah! Lebih menyedihkan, Dr Marwa sedang mengandung 4 bulan!! Kejam bukan? Manusia jenis apakah si Alex ini??

Suami Dr Marwa, Elwi Ali Okaz, -seorang ahli akademik warga Mesir yang bakal menyelesaikan phDnya pada bulan ini- yang melihat kejadian tersebut terus menerkam ke arah Alex demi menyelamatkan isterinya dan kemudian -lebih tragis- beliau ditikam pula sebanyak 3 kali!! Tidak cukup dengan itu, polis yang berada di situ turut menembak suaminya sebanyak 2 kali!!

LOGIKKAH??

Sekarang mari kita berfikir menggunakan akal yang waras;

1)Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku di dalam mahkamah? Di negara maju yang moden pula?

2)Mengapakah Alex allowed untuk membawa pisau yang boleh diklasifikasikan sebagai senjata merbahaya ke dalam mahkamah? Takkan lah dia nak kupas buah sambil mendengar keputusan hakim?

3)Mengapakah orang yang berada di dalam mahkamah tersebut tidak melakukan sebarang perbuatan yang pantas dan bijak? Apa yg polis dalam tu buat? Ditembaknya pula suami Dr Marwa yg tidak bersalah!! Kini Suaminya berada dalam keadaan kritikal.

Alasan mereka – polis yang menembak suami Dr Marwa menyangka beliau adalah penyerang kerana melihat lelaki tersebut tidak berambut perang dan bukan seperti orang Jerman.
Hujah kita – kenapa bodoh sangat polis tu, bukankah sepatutnya dia menembak orang yang sedang memegang pisau dan sedang bertubi-tubi menikam Dr Marwa? Macam mana polis seperti ini boleh menjadi polis di Jerman?

4)Mengapakah media barat hanya berdiam diri dan membiarkan kes ini berlalu begitu sahaja? Negara barat telah melakukan pelbagai kezaliman kepada orang Islam. Dan di akhirnya mereka mengatakan ‘ohh~ muslims is the terrorists!!’ Di manakah BBC, CNN, SkyNews, dan FoxNews yang sebelum ini cukup pantas menyebarkan berita?
Dimanakah keadilannya? Mereka mengganggap kes ini sudah selesai dengan alasan Alex mengidap ‘mentality ill’. Mereka sebenarnya menyembunyikan kebenaran. Mengapa?

Alasan mereka – mereka melakukannya supaya tidak dipandang serong untuk mengelakkan daripada berlaku pelbagai kemerosotan terhadap sektor ekonomi, politik, sosial atau pelancongan di negara-negara Eropah khususnya Jerman.

Hujah kita – sedangkan di negara mereka apabila haiwan telah dibunuh, mereka berusaha menuntut keadilan terhadap haiwan tersebut. Namun, apabila seorang wanita Islam dibunuh DI DALAM MAHKAMAH di negara Eropah, mereka seolah-olah memandang dengan sebelah mata. Mereka tak sedar, bangkai gajah akan tetap membusuk dan dapat dilihat orang walaupun telah ditutup!!

-malah, selepas Marwa dibunuh, polis Jerman menyelongkar rumahnya untuk mencari bukti bahawa beliau adalah terrorist!!

-cuba, jika seorang wanita Yahudi atau Kristian dibunuh sepertimana wanita Islam ini dibunuh?? atau orang yang dibunuh tersebut adalah adik atau kakak mereka?? Apakah yang akan mereka lakukan!!!

5)Spokesman di Dresden prosecutor’s office pula menyifatkan Alex hanya ‘TERbertindak melebihi had’ dan setelah menyiasat mereka mengatakan Alex ‘tidak sengaja membunuh wanita tersebut’.

-Bagaimana boleh dikatakan Alex tidak sengaja membunuh sedangkan dia awal-awal lagi dah bawa pisau? kalau dia tumbuk atau tampar kemudian tiba2 Dr Marwa mati, barulah logik kalau nak disifatkan sebagai ‘pembunuhan yang tidak sengaja’

6)Adakah Dr Marwa benar-benar dibunuh kerana hijabnya? Mengapa masyarakat barat terlalu membenci hijab? Bukankah mereka mengamalkan kebebasan agama? Saya merasakan Dr Marwa tidak hanya dibunuh kerana hijabnya, malah dia dibunuh kerana DIA SEORANG MUSLIMAH! kerana MENGANUT AGAMA ISLAM!! Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Alex adalah seorang Yahudi!!

Wallahua’alam. Dunia Islam menangisi peristiwa yang menimpa Dr Marwa al-Shebrini. Al-Fatihah buat beliau. Mari doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga perkara ini membuka mata dan mengetuk minda kita ke atas apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam masa kini. Semoga pembunuh Dr Marwa dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya agar menjadi pengajaran, kalau tidak di dunia, biar jasadnya dibakar di dalam api neraka kelak!! Kejamnya si kafir laknatullah ini!! Apakah pula tindakan kita??Duduk bersila menggeleng kepala??Atau sekadar memandang sekilas sahaja??

Fikir-fikirlah..
Kenapa mereka terlalu takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam? Ia adalah satu perkara yang menghairankan. Akan tetapi seandainya kita menyelusuri sejarah penutupan aurat, nescaya kita akan menemui jawapannya. Aisyah radiallahu `anha berkata: “Semoga Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama. Tatkala turunnya perintah Allah (di dalam surah an-Nur:31 yang bermaksud: Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dada..), maka mereka terus mengoyak kain-kain mereka dan bertudung dengannya”. (Sahih al-Bukhari)

Berdasarkan penjelasan Aisyah radiallahu `anha, kita mendapati bahawa ketika turunnya ayat menyuruh wanita Islam menutup aurat, tanpa banyak alasan dan soalan, terus para sahabat menuruti arahan tersebut. Ini menunjukkan kekuatan iman mereka. Kekuatan iman inilah yang menjadi punca kejayaan para sahabat radiallahu `anhum. Mereka patuh dan taat kepada segala suruhan dan larangan Allah Tabaraka Wa Taala. Kekuatan inilah yang dicemburui oleh para musuh-musuh Islam. Mereka tahu bahawa kekuatan umat Islam ada pada keimanan mereka, lalu untuk memusnahkan umat Islam mestilah dimulai dengan memusnahkan keimanan mereka.

Umat Islam sering lupa bahawa segala aspek kehidupan mereka di dunia ini, tidak kiralah di dalam ibadah khusus kepada Allah seperti solat, puasa, zikir mahupun kehidupan dunia seperti belajar, berniaga dan lain-lain. Kesemuanya berpaksikan kepada dua kalimah syahadah yang sering kita baca yang bermaksud “Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah”. Oleh kerana itu, pemakaian menutup aurat juga tidak terlepas daripada kaitannya dengan syahadah kita kepada Allah. Pakaian yang menutup aurat merupakan lambang ketaatan kita kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam.

Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam bersabda: “Apa yang aku larang hendaklah kamu hindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kamu laksanakan semampu kalian” (Muttafaq `Alaih).Arahan menutup aurat telah jelas termaktub di dalam al-Quran dan hadis yang sahih. Memakainya adalah satu bentuk ketaatan, manakala menanggalkannya pula adalah satu bentuk maksiat kepada Allah dan derhaka kepada rasulNya.Dengan memakai pakaian menutup aurat, kita dapat membezakan antara individu yang beriman dengan individu yang tidak beriman. Membezakan diri daripada orang bukan Islam adalah salah satu tuntutan aqidah Islam. Ia termaktub di dalam konsep al-Wala’ (kesetiaan) dan al-Bara’ (berlepas diri). Konsep al-Bara’ yang menuntut agar kita berlepas diri daripada segala bentuk kekufuran, membenci orang-orang yang kufur serta menjauhi daripada menyerupai identiti mereka

Umat Islam seolah-olah melupai tuntutan ini. Pemakaian menutup aurat hanya dilihat sebagai satu hukum hakam feqh yang kecil. Ia dilihat sebagai salah satu perkara cabang yang hanya dipandang enteng.Akan tetapi kita melihat sebaliknya berlaku di kalangan musuh-musuh Islam. Mereka seolah-olah memahami betapa pentingnya konsep al-Wala’ dan al-Bara’ di dalam Islam, lalu mereka cuba melemahkan benteng yang utuh ini. Mereka mahu umat Islam tidak lagi berbeza dengan mereka. Apabila berada di jalanan, kita tidak lagi dapat membezakan siapakah yang Islam, dan siapakah yang bukan Islam. Salah satu perkara yang mereka serang bagimelemahkan al-Wala’ dan al-Bara’ ialah melalui pakaian. Serangan ini dilakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui perundangan yang menyekat hak-hak wanita Islam yang menutup aurat, mahupun melalui propaganda media massa. Macam pelbagai tudung yang dah dimanipulasikan sekarang..kalau kita menyokong,alamat tercapailah propaganda mereka..Nilailah yang mana tudung dan yang mana kain perca..y mana menutup dan yang mana cover sket2 ja..buka hati, buka minda..soal iman, soal taqwa...


Sekadar berkongsi dan mengingati..telinga y paling dekat hingga ke telinga pembaca2 artikel ini..smga dapat sedikit ilmu dan juga kesedaran..Wallahu'alam....=D

nota kaki lg : ni aku ambo kopi n paste dari  http://nahdahmuslim.blogspot.com/2011/04/malu-la-sketkita-mati-tak-pakai.html?spref=fb samo2 la kita ambik iktibar n wat pengajare....INSYAALLAH....

Tuesday, May 17, 2011

Petrokimia: Kesan kepada manusia dan alam sekitar


Media Taiwan melaporkan sebuah syarikat Petrokimia Taiwan, Kuo Kuang Petrochemical akan membina kilangnya di Malaysia atau lebih tepat lagi Negeri Johor setelah Presiden Taiwan, Ma Ying Jeou menolak permohonan mereka untuk membina kilang di Negara tersebut. Laporan tersebut turut mendakwa bahawa kilang ini akan dibina di sekitar daerah Pontian atau Pasir Gudang.
Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mustapa Mohamad berkata Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) masih lagi belum menerima permohonan rasmi daripada syarikat tersebut. Namun begitu, berdasarkan kepada laporan Central News Agency, Taiwan, Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata Malaysia mengalu-alukan Syarikat Kuo Kuang Petrochemical Technology untuk melaburkan di Negara ini dan membina loji minyak dan naphtha cracking. Beliau turut dipetik sebagai berkata Kerajaan bersedia menawarkan persekitaran yang kondusif dan memenuhi kehendak industri petrokimia.
Sementara itu, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Daerah Pontian turut dilaporkan menyambut baik cadangan pelaburan ini walaupun belum menerima permohonan rasmi sehingga kini. Premier Taiwan, Wu Den Yih dalam satu kenyataan pada 23 April yang lepas turut mendedahkan bahawa beliau tidak menolak sebarang kemungkinan industri ini akan dipindahkan ke Malaysia.
Kesan terhadap manusia dan alam sekitar
Sebelum kita membuat keputusan untuk menyokong atau membantah pelaburan syarikat Kuo Kuang Petrochemical ini, kita seharusnya membangkitkan persoalan mengenai mengapakah Kerajaan Taiwan sendiri menolak rancangan pembinaan kilang petrokimia ini di Negara mereka?
Hal ini adalah kerana, kilang petrokimia ini akan melepaskan toksik berbahaya seperti Toxic Dioxin, Sulfida dan pelbagai lagi toksik kimia yang mengancam alam sekitar dan kesihatan manusia. Industri Petrokimia ini melibatkan penggunaan sumber tenaga, air dan pelepasan gas nitrogen dioksida yang sangat tinggi.  Operasi kilang Kuo Kuang Petrochemical ini  mengakibatkan tahap pencemaran udara yang tinggi di Taiwan.
Profesor Zhuang Bing Jie dari Jabatan Kejuruteraan Alam Sekitar, National Chung Hsing University, Taiwan mendedahkan bahawa penilaian risiko penyakit kanser semakin buruk ekoran dari pembukaan operasi kilang petrokimia. Hasil kajian beliau mendedahkan seramai 339 hingga 565 orang mati ekoran dari masalah jantung, kanser paru-paru dan juga peningkatan di dalam penyakit  berkaitan pernafasan.
Indeks Pencemaran Udara mencatatkan bacaan PM2.5 zarah – zarah halus dilepaskan ke atmosfera sekitar Taiwan. PM2.5 ini kebiasaannya mengandungi  Polycyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH), Polychlorinated biphenyls (PCB), logam-logam berat, bahan radioaktif, sulfur dan nitrogen dioksida yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit. Menurut Prof. Zhuang Bing Jie, indeks pencemaran PM2.5 ini boleh mengurangkan umur rakyat sebanyak 23 hari. 
Jenis Bahan Kimia
Risiko Kesihatan
Polycyclic Aromatic Hydrocarbon
Pelbagai jenis kanser
Polychlorinated Biphenyls (PCB)
Ruam, kerosakan daya imunisasi, kanser hati, penuaan, pertukaran jantina
Kadmium
Penyakit tulang, osteoporosis
Merkuri
Kerosakan sistem saraf, pertumbuhan terencat, kehilangan ingatan
Uranium, Radium
Kerosakan ginjal, anemia, kanser
Sulfur dan Nitrogen Dioksida
Penyakit bronchitis, asma
Pestisid
Mutasi DNA, penyakit barah, kerosakan imunisasi
 Dunia turut telah mencatatkan kejadian-kejadian yang meragut nyawa manusia dan juga menjejaskan kesihatan ekoran dari industri petrokimia ini.
 Hampir 10,000 orang yang mati disebabkan oleh kebocoran gas toksik daripada tapak petrokimia di Bhopal, India pada 3 Disember 1984.
Letupan petrokimia mengeluarkan bahan toksik ke dalam Sungai Songhua, Harbin di China pada 13 November 2005, dengan melepaskan 100 tan benzene, nitrobenzene dan bahan toksik lain. Pencemaran ini mempengaruhi kawasan sebanyak 80 km sepanjang sungai. Kira-kira 10,000 penduduk Jilin telah diminta berpindah dari kawasan tersebut.
Di Kaoshiong, Taiwan, sebanyak 171 kes penyakit leukemia telah didapati menjangkiti penduduk-penduduk yang tinggal dalam lingkungan 3 km dari kilang penapisan petroleum antara tahun 1997 dan 2003. Kejadian kelahiran bayi kurang matang menjadi kelaziman pada ibu-ibu yang tinggal berdekatan tapak penapisan minyak.
Letupan kilang petrokimia di Texas, USA pada 24 Mac 2005 telah membawa maut kepada sekurang-kurangnya 14 orang dan terdapat 70 orang yang mengalami kecederaan.
Letupan di kilang pembuatan ethylene Sasol di Secunda, Afrika Selatan telah membawa maut kepada 6 orang pada 1 September 2004.
Letupan kilang petrokimia di Gresik, Indonesia telah mencederakan berpuluh puluh orang.
Kesan pencemaran terhadap alam sekitar cukup membimbangkan oleh kerana bahan-bahan toksik ini boleh merencatkan pertumbuhan dan pembiakan sepsis hidupan laut yang sejurusnya menjejaskan rezeki golongan nelayan.
Di Sungai Mutiara, China, PCBs daripada penapisan minyak menyebabkan kesan yang buruk kepada kesihatan dan jelas mengurangkan populasi kupang hijau (Perna viridis), tiram (Crassostrea rivularis) dan udang (Penaus orientalis).
  • Di Tarragona, Sepanyol, paras kadmium, plumbum, vanadium dan naftalena adalah tinggi dalam tanah di mana ia akan mempengaruhi industri pertanian.
  • Di Lanzhou, China, kajian mendapati kodok yang didedahkan kepada bahan pencemar petrokimia akan mengalami kerosakan genetik.
  • Di Turkey, kajian mendapati bahawa industri penapisan petroleum mencemarkan Sungai-sungai Kizilirmark dan menyebabkan peroksidaan pada otot dan tisu hati dalam ikan.

Penutup
Projek pelaburan berkaitan petrokimia  ini boleh membawa peluang perniagaan yang sangat besar, pemindahan teknologi dan juga peluang pekerjaan yang banyak, namun begitu, kita turut membayar harga yang sangat mahal apabila alam sekitar, perairan dan kesihatan terjejas ekoran daripada perlepasan gas dan sisa toksik yang berbahaya. Kerajaan Taiwan sendiri menolak permohonan syarikat Kuo Kuang Petrochemical untuk membuka kilangnya di Taiwan atas alasan berbahaya kepada alam sekitar dan manusia namun, dua Pihak Berkuasa Tempatan di Johor ini sanggup menerima dengan tangan yang terbuka. Persoalannya apakah kaedah Penilaian Awal Kesan Persekitaran (PEIA) yang digunapakai di Negara ini lebih rendah piawaiannya berbanding Taiwan sehingga membolehkan Pihak Berkuasa Malaysia menerima projek ini dengan berlapang dada?
Penduduk di sekitar Tanjung Bin, Pontian juga pernah menghantar memorandum bantahan kepada YAB Perdana Menteri berhubung isu pembinaan kilang petrokimia di kawasan mereka pada 10 Ogos 2009 namun, dengan pendedahan yang dilakukan oleh media – media Taiwan beberapa minggu yang lepas mengesahkan bahawa pihak Kerajaan sememangnya berminat untuk meneruskan projek petrokimia berbahaya ini tanpa mengambil peduli kemaslahatan rakyat.
Kerajaan seharusnya menolak sebarang rancangan pelaburan yang jelas boleh mendatangkan bahaya kepada alam sekitar, menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan yang lebih teruk lagi mengancam kesihatan rakyat.


malas nk ubah...diambil,dikopi n dipaste dari http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/3331-petrokimia-kesan-kepada-manusia-dan-alam-sekitar...sama2 la kita pikirkan yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...