Islamic Widget

Monday, December 26, 2011

---> BAHTERA ISLAM <---


Tidak ada cara lain yang boleh membawa kita mengetahui tentang akhirat selain daripada cara Islam kerana hanya Islam yang diutuskan khusus oleh ALLAH S.W.T untuk mengajar kita persoalan di alam kubur dan kebangkitan di akhirat. Sebanyak mana intelektual bergelar profesor,doktor dan ahli falsafah di dunia ini, tidak ada seorang pun yg sudah sampai ke akhirat. Disebabkan dia tidak mengenal akhirat bagaimana keadaannya, tidak tahu apa yang berlaku di dalam kubur, dan mana mungkin dia mampu memperincikan mengenai hal tersebut.

Lantaran itu apabila kita berpolitik, berpolitiklah mengikut cara Islam dan tubuhkan kerajaan dgn cara Islamik. Persoalannya, mampukah Islam di laksanakan??? Jawabnya boleh! Islam boleh! Disebabkan Islam itu datangnya daripada ALLAH S.W.T, maka mustahil dia akan menyuruh hamba-NYA melakukan sesuatu yang tidak mampu dilakukannya. Apa sahaja perintah-NYA yang diletakkan di atas bahu setiap hamba-NYA, menandakan hamba itu mampu melaksanakannya. Cuma akan ada halangan dan tentangan tertentu yang perlu dilalui sebelum berjaya melaksanakannya. Disebabkan adanya halangan dan tentangan tersebut, Islam menganjurkan umatnya supaya berjihad. Buat apa Islam ajar umatnya berjihad kalau setiap pekerjaan itu boleh dilaksanakan tanpa halangan.

Firman ALLAH S.W.T :
maksudnya,"Wahai orang-orang yang beriman,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada ALLAH, supaya kamu beruntung".
 (Surah Ali Imran ayat 200)

Kalau Islam semudah itu, apakah tujuan ALLAH S.W.T mengajar hamba-NYA supaya berjihad? Apakah tujuan ALLAH S.W.T berpesan kepada hamba-NYA supaya bersabar? Apakah tujuan ALLAH S.W.T mengajar hamba-NYA melawan nafsu?

Apa yang pasti, memartabatkan Islam bukanlah perkara yang mudah, malah digalangi dengan seribu satu kesusahan. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh ALLAH S.W.T dalam al-Quran.

Firman ALLAH S.W.T :
maksudnya, "Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amatlah jauh terasa oleh mereka".
(Surah at-Taubah ayat 42)

Oleh itu, melalui ajaran-ajaran begini, kita dapat fahami bahawa Islam bukan ajaran yang remeh. Dalam keadaan jerih payah, kita perlu berhempas pulas sehingga terpaksa mengorbankan harta benda dan nyawa, kita harus bersabar ketika sedang melaksanakan kerja-kerja ALLAH S.W.T. 

Orang Melayu zaman dahulu taat melulu kepada sultan, dan sesiapa berani mencabar perintah sultan walaupun ia berunsur kezaliman akan terima padahnya. Timbullah cerita Hang Tuah yang begitu taat kepada rajanya, sedangkan Hang Jebat dikatakan menderhaka. Hari ini tukarlah pola pemikiran kita 100% daripada Hang Jebat dan Hang Tuah kepada Hang Abu Bakar (Saidina Abu Bakar), Hang Umar (Saidina Umar), Hang Uthman (Saidina Uthman), dan Hang Ali (Saidina Ali). Barulah kita layak digelar Muslim dan bukan sekadar Melayu yang mudah lupa.



Notakaki : Idealogi Hang Jebat dan Hang Tuah berbeza dengan pemikiran Hang Abu Bakar dan Hang Umar. Hang Tuah sanggup membunuh sahabatnya Hang Jebat yang dikatakan menderhaka semata-mata mentaati perintah raja. Sedangkan Hang Jebat menderhaka kerana tidak setuju dengan perintah raja membunuh Hang Tuah tanpa usul periksa. Hang Abu Bakar dan Hang Umar hanya mencari kerdhaan ALLAH S.W.T semata-mata, bahkan Hang Abu Bakar meminta kaum Muslimin membetulkannya jika tindakannya menyalahi perintah ALLAH S.W.T dan Rasulullah S.A.W setelah diangkat menjadi khalifah umat Islam yang pertama.

p/s : dikopi dari buku INGATLAH TEMPATMU DI AKHIRAT...karya TUAN GURU DATO' NIK ABDUL AZIZ NIK MAT...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...