Islamic Widget

Thursday, July 21, 2011

Bermulanya Penzinaan Yang Tiada Pengakhiran....NA'UZUBILLAH...

walaupun ramai doh tahu psl artikel ni,akue tetap nk konsi jgk...mungkin ado hok tau doh dan mung ado hok xtau lg...jadi artikel ni khusus utk ore hok xtau lg.....

1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

*wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..

*si lelaki mencari mangsa baru..

*dan kejadian terus berulang..



Add caption


tgk tu,dia pun nk hidup jgk mcm kita...
cara terbaik bg yg rasa blom mampu@bersedia,ialah nikah gantung....

nota kaki : ambo ambik dale fb ni...nk harap ambo tulis sdiri ibarat langit ngn bumi la...semoga kita ambik iktibar dan pengajaran dari kesilapan org len...ingtlah ISLAM IS THE WAY OF LIFE.....

Wednesday, June 8, 2011

MEMILIH PASANGAN YG DIREDHAI....

islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin.
Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi apabila hubungan berkenaan dengan sekadar suka-suka, tidakmembawa kepada pernikahan. Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas.
Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak. Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.
Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seseorang sebagai pasangan hidup. Islam menegaskan pilihan hendaklah berasaskan kepada yang kuat berpegang kepada agama dan berakhlak mulia serta mempastikan samada sudah dipinang atau belum dan berbagai-bagai lagi. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:Janganlah kamu kahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikan. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakai. tetapi kahwinlah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang budak perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik.”
Baginda bersabda lagi yang maksudnya:“Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya.”
Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calun isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.


Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya antaranya ialah:

1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahnya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt. 
2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.
 3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt. 
4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu. 
5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.
Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan saleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi. Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita salehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar. Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh ibnu Abbas r.a:
“Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya.”
Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang saleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat-sifatnya oleh Rasulullah saw:
“Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang salehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya.”

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang salehah.Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak. Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
“janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal.”
Rasulullah saw menyatakan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri berbanding dengan janda. Rasulullah saw bersabda:“Kahwinlah para gadis kerana sesungguhnya, mereka itu menarik tutur bahasanya, bersih rahimnya (mampu berzuriat), kurang dalihnya dan mudah meredhai kerjanya.”
Rasulullah saw menekankan kelebihan memilih gadis untuk dijadikan isteri kerana setiap perkahwinan berkehendakkan sesuatu hasil penguniaan anak yang saleh dan salehah. Untuk melaksanakan tugas yang mulia ini maka perlulah seorang lelaki itu mengkaji secara terperinci terlebih dahulu bakal isterinya agar dapat melahirkan anak dan tidak ada sebarang keuzuran yang boleh menghalangnya dari mengandung dan bersalin. Bagi mengetahui sifat-sifat kesanggupan gadis itu, pada umumnya boleh dijadikan ibunya sebagai perbandingan. Seandainya ibunya mempunyai ramai anak, pada kebiasaannya gadis itu pun akan mewarisi ibunya, tetapi tidak semua tanggapan ini benar, kadang-kadang mengikut baka dirinya pula. Apabila ramai zuriat, semakin kukuhlah ummah dan teruslah tertegaknya daulah Islamiah. Membiak zuriat bertambah seri, erat dan bahagianya sebuah rumahtangga di mana wujud ketenangan jiwa hasil kasih sayang antara kedua suami isteri. Rasulullah saw, begitu kuat menekankan supaya setiap lelaki memilih calun isterinya yang ramai anak, sebagaimana sabda baginda:“Kahwinlah perempuan-perempuan yang keturunan banyak anak, sesungguhnya aku berbangga dengan ramainya umatku di hadapan para Nabi pada Hari Kiamat nanti.”

Begitulah penekanan Rasulullah saw ke atas umatnya, baginda bangga dengan umat yang ramai kerana di situlah letaknya kekuatan agama Islam.Diharamkan seseorang lelaki memilih seseorang wanita yang telah dipinang saudaranya, kerana bererti ia menyerang hak dan menyakiti hati peminang pertama, memecah belah hubungan kekeluargaan dan mengganggu ketenteraman. Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:“Orang mukmin satu dengan lainnya bersaudara, tidak boleh ia membeli barang yang sedang dibeli saudaranya, dan meminang pinangan saudaranya sebelum ia tinggalkan.
Islam juga mengutamakan wanita yang masih gadis untuk dipadankan dengan lelaki yang muda belia, sebab itulah disunatkan memilih gadis. Walau bagaimana, terdapat pula keadaan tertentu apabila janda pula menjadi yang utama. Misalnya, untuk menyelesaikan masalah perlindungan kepada janda dan anak-anak. Islam turut menghormati taraf kedudukan seseorang, sebab itulah pemilihan pasangan hidup hendaklah juga mengambil kira taraf atau sekufu. Firman Allah swt yang bermaksud:“Lelaki yang berzina tidak boleh berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina juga atau perempuan musyrik. Dan perempuan yang berzina tidak boleh dikahwini melainkan oleh lelaki yang berzina juga ataupun lelaki yang musyrik. Yang demikian itu haram terhadap orang yang beriman.”
“Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik.”
Ayat di atas patut menjadi iktibar, terutama kepada para lelaki dan wanita yang ingin berkahwin. Kepada yang sudah berumahtangga, ambillah iktibar ini dan muhasabah kepada diri kita kembali apabila menghadapi masalah dalam rumahtangga dan mengapa Allah swt pertemukan jodoh kita dengan pasangan kita sekarang.  ^_^'
bestnya dpt isteri cmni...hehe
sumber : indian muslim....dikopi dan dicuri dari http://ruuhulhubbilaila.blogspot.com/2010/05/dalam-memilih-pasangan.html

Wednesday, May 18, 2011

Malu la Sket..Kita Mati tak Pakai Tudung..dia Syahid Kerana Tudung..


Assalamualaikum para ummat islam yang sedar atau sengaja x nak menyedarkan diri dari terus terlena dengan melayani diri sendiri….



Kisah Seorang Wanita yang Syahid Mempertahankan Hijab..







Dalam kenangan..Mujahidah Islam.

Kisahnya bermula begini, pada Ogos 2008, ketika Dr Marwa al-Sherbini,32, seorang warga Mesir yang bekerja sebagai pharmacist di Jerman sedang berjalan di sebuah taman, jirannya Alex W, 28, seorang imigran Rusia yang sedang menganggur di Jerman telah menggelarnya sebagai seorang terrorist hanya kerana melihatnya berhijab. Lalu Dr Marwa telah mengambil tindakan untuk menfailkan saman terhadap Alex. Dr Marwa mungkin melakukannya untuk mengelakkan lebih ramai lagi wanita Islam yang berhijab sewenang-wenangnya dituduh sebagai terrorist.

Maka pada 1 Julai lalu, setelah mendengar hujah kedua-dua pihak, mahkamah memutuskan bahawa Alex bersalah dan diarahkan membayar denda sebanyak 2800 Euro.
Namun kejadian yang tidak berperikemanusiaan telah berlaku apabila Alex terus menerkam ke arah wanita tersebut dan menikamnya bertubi-tubi sebanyak 18 kali sehingga wanita tersebut mati dihadapan anak lelakinya yang berusia 3 tahun setengah! Lebih menyedihkan, Dr Marwa sedang mengandung 4 bulan!! Kejam bukan? Manusia jenis apakah si Alex ini??

Suami Dr Marwa, Elwi Ali Okaz, -seorang ahli akademik warga Mesir yang bakal menyelesaikan phDnya pada bulan ini- yang melihat kejadian tersebut terus menerkam ke arah Alex demi menyelamatkan isterinya dan kemudian -lebih tragis- beliau ditikam pula sebanyak 3 kali!! Tidak cukup dengan itu, polis yang berada di situ turut menembak suaminya sebanyak 2 kali!!

LOGIKKAH??

Sekarang mari kita berfikir menggunakan akal yang waras;

1)Bagaimanakah kejadian ini boleh berlaku di dalam mahkamah? Di negara maju yang moden pula?

2)Mengapakah Alex allowed untuk membawa pisau yang boleh diklasifikasikan sebagai senjata merbahaya ke dalam mahkamah? Takkan lah dia nak kupas buah sambil mendengar keputusan hakim?

3)Mengapakah orang yang berada di dalam mahkamah tersebut tidak melakukan sebarang perbuatan yang pantas dan bijak? Apa yg polis dalam tu buat? Ditembaknya pula suami Dr Marwa yg tidak bersalah!! Kini Suaminya berada dalam keadaan kritikal.

Alasan mereka – polis yang menembak suami Dr Marwa menyangka beliau adalah penyerang kerana melihat lelaki tersebut tidak berambut perang dan bukan seperti orang Jerman.
Hujah kita – kenapa bodoh sangat polis tu, bukankah sepatutnya dia menembak orang yang sedang memegang pisau dan sedang bertubi-tubi menikam Dr Marwa? Macam mana polis seperti ini boleh menjadi polis di Jerman?

4)Mengapakah media barat hanya berdiam diri dan membiarkan kes ini berlalu begitu sahaja? Negara barat telah melakukan pelbagai kezaliman kepada orang Islam. Dan di akhirnya mereka mengatakan ‘ohh~ muslims is the terrorists!!’ Di manakah BBC, CNN, SkyNews, dan FoxNews yang sebelum ini cukup pantas menyebarkan berita?
Dimanakah keadilannya? Mereka mengganggap kes ini sudah selesai dengan alasan Alex mengidap ‘mentality ill’. Mereka sebenarnya menyembunyikan kebenaran. Mengapa?

Alasan mereka – mereka melakukannya supaya tidak dipandang serong untuk mengelakkan daripada berlaku pelbagai kemerosotan terhadap sektor ekonomi, politik, sosial atau pelancongan di negara-negara Eropah khususnya Jerman.

Hujah kita – sedangkan di negara mereka apabila haiwan telah dibunuh, mereka berusaha menuntut keadilan terhadap haiwan tersebut. Namun, apabila seorang wanita Islam dibunuh DI DALAM MAHKAMAH di negara Eropah, mereka seolah-olah memandang dengan sebelah mata. Mereka tak sedar, bangkai gajah akan tetap membusuk dan dapat dilihat orang walaupun telah ditutup!!

-malah, selepas Marwa dibunuh, polis Jerman menyelongkar rumahnya untuk mencari bukti bahawa beliau adalah terrorist!!

-cuba, jika seorang wanita Yahudi atau Kristian dibunuh sepertimana wanita Islam ini dibunuh?? atau orang yang dibunuh tersebut adalah adik atau kakak mereka?? Apakah yang akan mereka lakukan!!!

5)Spokesman di Dresden prosecutor’s office pula menyifatkan Alex hanya ‘TERbertindak melebihi had’ dan setelah menyiasat mereka mengatakan Alex ‘tidak sengaja membunuh wanita tersebut’.

-Bagaimana boleh dikatakan Alex tidak sengaja membunuh sedangkan dia awal-awal lagi dah bawa pisau? kalau dia tumbuk atau tampar kemudian tiba2 Dr Marwa mati, barulah logik kalau nak disifatkan sebagai ‘pembunuhan yang tidak sengaja’

6)Adakah Dr Marwa benar-benar dibunuh kerana hijabnya? Mengapa masyarakat barat terlalu membenci hijab? Bukankah mereka mengamalkan kebebasan agama? Saya merasakan Dr Marwa tidak hanya dibunuh kerana hijabnya, malah dia dibunuh kerana DIA SEORANG MUSLIMAH! kerana MENGANUT AGAMA ISLAM!! Untuk pengetahuan anda, sebenarnya Alex adalah seorang Yahudi!!

Wallahua’alam. Dunia Islam menangisi peristiwa yang menimpa Dr Marwa al-Shebrini. Al-Fatihah buat beliau. Mari doakan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Semoga perkara ini membuka mata dan mengetuk minda kita ke atas apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam masa kini. Semoga pembunuh Dr Marwa dijatuhkan hukuman yang seberat-beratnya agar menjadi pengajaran, kalau tidak di dunia, biar jasadnya dibakar di dalam api neraka kelak!! Kejamnya si kafir laknatullah ini!! Apakah pula tindakan kita??Duduk bersila menggeleng kepala??Atau sekadar memandang sekilas sahaja??

Fikir-fikirlah..
Kenapa mereka terlalu takut dengan sehelai kain yang menutupi rambut wanita Islam? Ia adalah satu perkara yang menghairankan. Akan tetapi seandainya kita menyelusuri sejarah penutupan aurat, nescaya kita akan menemui jawapannya. Aisyah radiallahu `anha berkata: “Semoga Allah merahmati wanita-wanita Muhajirin yang pertama. Tatkala turunnya perintah Allah (di dalam surah an-Nur:31 yang bermaksud: Dan hendaklah mereka melabuhkan tudung mereka hingga menutupi dada..), maka mereka terus mengoyak kain-kain mereka dan bertudung dengannya”. (Sahih al-Bukhari)

Berdasarkan penjelasan Aisyah radiallahu `anha, kita mendapati bahawa ketika turunnya ayat menyuruh wanita Islam menutup aurat, tanpa banyak alasan dan soalan, terus para sahabat menuruti arahan tersebut. Ini menunjukkan kekuatan iman mereka. Kekuatan iman inilah yang menjadi punca kejayaan para sahabat radiallahu `anhum. Mereka patuh dan taat kepada segala suruhan dan larangan Allah Tabaraka Wa Taala. Kekuatan inilah yang dicemburui oleh para musuh-musuh Islam. Mereka tahu bahawa kekuatan umat Islam ada pada keimanan mereka, lalu untuk memusnahkan umat Islam mestilah dimulai dengan memusnahkan keimanan mereka.

Umat Islam sering lupa bahawa segala aspek kehidupan mereka di dunia ini, tidak kiralah di dalam ibadah khusus kepada Allah seperti solat, puasa, zikir mahupun kehidupan dunia seperti belajar, berniaga dan lain-lain. Kesemuanya berpaksikan kepada dua kalimah syahadah yang sering kita baca yang bermaksud “Aku bersaksi tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad pesuruh Allah”. Oleh kerana itu, pemakaian menutup aurat juga tidak terlepas daripada kaitannya dengan syahadah kita kepada Allah. Pakaian yang menutup aurat merupakan lambang ketaatan kita kepada Allah dan Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam.

Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wassalam bersabda: “Apa yang aku larang hendaklah kamu hindarinya dan apa yang aku perintahkan maka hendaklah kamu laksanakan semampu kalian” (Muttafaq `Alaih).Arahan menutup aurat telah jelas termaktub di dalam al-Quran dan hadis yang sahih. Memakainya adalah satu bentuk ketaatan, manakala menanggalkannya pula adalah satu bentuk maksiat kepada Allah dan derhaka kepada rasulNya.Dengan memakai pakaian menutup aurat, kita dapat membezakan antara individu yang beriman dengan individu yang tidak beriman. Membezakan diri daripada orang bukan Islam adalah salah satu tuntutan aqidah Islam. Ia termaktub di dalam konsep al-Wala’ (kesetiaan) dan al-Bara’ (berlepas diri). Konsep al-Bara’ yang menuntut agar kita berlepas diri daripada segala bentuk kekufuran, membenci orang-orang yang kufur serta menjauhi daripada menyerupai identiti mereka

Umat Islam seolah-olah melupai tuntutan ini. Pemakaian menutup aurat hanya dilihat sebagai satu hukum hakam feqh yang kecil. Ia dilihat sebagai salah satu perkara cabang yang hanya dipandang enteng.Akan tetapi kita melihat sebaliknya berlaku di kalangan musuh-musuh Islam. Mereka seolah-olah memahami betapa pentingnya konsep al-Wala’ dan al-Bara’ di dalam Islam, lalu mereka cuba melemahkan benteng yang utuh ini. Mereka mahu umat Islam tidak lagi berbeza dengan mereka. Apabila berada di jalanan, kita tidak lagi dapat membezakan siapakah yang Islam, dan siapakah yang bukan Islam. Salah satu perkara yang mereka serang bagimelemahkan al-Wala’ dan al-Bara’ ialah melalui pakaian. Serangan ini dilakukan dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui perundangan yang menyekat hak-hak wanita Islam yang menutup aurat, mahupun melalui propaganda media massa. Macam pelbagai tudung yang dah dimanipulasikan sekarang..kalau kita menyokong,alamat tercapailah propaganda mereka..Nilailah yang mana tudung dan yang mana kain perca..y mana menutup dan yang mana cover sket2 ja..buka hati, buka minda..soal iman, soal taqwa...


Sekadar berkongsi dan mengingati..telinga y paling dekat hingga ke telinga pembaca2 artikel ini..smga dapat sedikit ilmu dan juga kesedaran..Wallahu'alam....=D

nota kaki lg : ni aku ambo kopi n paste dari  http://nahdahmuslim.blogspot.com/2011/04/malu-la-sketkita-mati-tak-pakai.html?spref=fb samo2 la kita ambik iktibar n wat pengajare....INSYAALLAH....

Tuesday, May 17, 2011

Petrokimia: Kesan kepada manusia dan alam sekitar


Media Taiwan melaporkan sebuah syarikat Petrokimia Taiwan, Kuo Kuang Petrochemical akan membina kilangnya di Malaysia atau lebih tepat lagi Negeri Johor setelah Presiden Taiwan, Ma Ying Jeou menolak permohonan mereka untuk membina kilang di Negara tersebut. Laporan tersebut turut mendakwa bahawa kilang ini akan dibina di sekitar daerah Pontian atau Pasir Gudang.
Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mustapa Mohamad berkata Lembaga Pembangunan Industri Malaysia (MIDA) masih lagi belum menerima permohonan rasmi daripada syarikat tersebut. Namun begitu, berdasarkan kepada laporan Central News Agency, Taiwan, Timbalan Menteri Perindustrian dan Perdagangan Antarabangsa, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan berkata Malaysia mengalu-alukan Syarikat Kuo Kuang Petrochemical Technology untuk melaburkan di Negara ini dan membina loji minyak dan naphtha cracking. Beliau turut dipetik sebagai berkata Kerajaan bersedia menawarkan persekitaran yang kondusif dan memenuhi kehendak industri petrokimia.
Sementara itu, Majlis Perbandaran Pasir Gudang dan Majlis Daerah Pontian turut dilaporkan menyambut baik cadangan pelaburan ini walaupun belum menerima permohonan rasmi sehingga kini. Premier Taiwan, Wu Den Yih dalam satu kenyataan pada 23 April yang lepas turut mendedahkan bahawa beliau tidak menolak sebarang kemungkinan industri ini akan dipindahkan ke Malaysia.
Kesan terhadap manusia dan alam sekitar
Sebelum kita membuat keputusan untuk menyokong atau membantah pelaburan syarikat Kuo Kuang Petrochemical ini, kita seharusnya membangkitkan persoalan mengenai mengapakah Kerajaan Taiwan sendiri menolak rancangan pembinaan kilang petrokimia ini di Negara mereka?
Hal ini adalah kerana, kilang petrokimia ini akan melepaskan toksik berbahaya seperti Toxic Dioxin, Sulfida dan pelbagai lagi toksik kimia yang mengancam alam sekitar dan kesihatan manusia. Industri Petrokimia ini melibatkan penggunaan sumber tenaga, air dan pelepasan gas nitrogen dioksida yang sangat tinggi.  Operasi kilang Kuo Kuang Petrochemical ini  mengakibatkan tahap pencemaran udara yang tinggi di Taiwan.
Profesor Zhuang Bing Jie dari Jabatan Kejuruteraan Alam Sekitar, National Chung Hsing University, Taiwan mendedahkan bahawa penilaian risiko penyakit kanser semakin buruk ekoran dari pembukaan operasi kilang petrokimia. Hasil kajian beliau mendedahkan seramai 339 hingga 565 orang mati ekoran dari masalah jantung, kanser paru-paru dan juga peningkatan di dalam penyakit  berkaitan pernafasan.
Indeks Pencemaran Udara mencatatkan bacaan PM2.5 zarah – zarah halus dilepaskan ke atmosfera sekitar Taiwan. PM2.5 ini kebiasaannya mengandungi  Polycyclic Aromatic Hydrocarbon (PAH), Polychlorinated biphenyls (PCB), logam-logam berat, bahan radioaktif, sulfur dan nitrogen dioksida yang boleh menyumbang kepada pelbagai penyakit. Menurut Prof. Zhuang Bing Jie, indeks pencemaran PM2.5 ini boleh mengurangkan umur rakyat sebanyak 23 hari. 
Jenis Bahan Kimia
Risiko Kesihatan
Polycyclic Aromatic Hydrocarbon
Pelbagai jenis kanser
Polychlorinated Biphenyls (PCB)
Ruam, kerosakan daya imunisasi, kanser hati, penuaan, pertukaran jantina
Kadmium
Penyakit tulang, osteoporosis
Merkuri
Kerosakan sistem saraf, pertumbuhan terencat, kehilangan ingatan
Uranium, Radium
Kerosakan ginjal, anemia, kanser
Sulfur dan Nitrogen Dioksida
Penyakit bronchitis, asma
Pestisid
Mutasi DNA, penyakit barah, kerosakan imunisasi
 Dunia turut telah mencatatkan kejadian-kejadian yang meragut nyawa manusia dan juga menjejaskan kesihatan ekoran dari industri petrokimia ini.
 Hampir 10,000 orang yang mati disebabkan oleh kebocoran gas toksik daripada tapak petrokimia di Bhopal, India pada 3 Disember 1984.
Letupan petrokimia mengeluarkan bahan toksik ke dalam Sungai Songhua, Harbin di China pada 13 November 2005, dengan melepaskan 100 tan benzene, nitrobenzene dan bahan toksik lain. Pencemaran ini mempengaruhi kawasan sebanyak 80 km sepanjang sungai. Kira-kira 10,000 penduduk Jilin telah diminta berpindah dari kawasan tersebut.
Di Kaoshiong, Taiwan, sebanyak 171 kes penyakit leukemia telah didapati menjangkiti penduduk-penduduk yang tinggal dalam lingkungan 3 km dari kilang penapisan petroleum antara tahun 1997 dan 2003. Kejadian kelahiran bayi kurang matang menjadi kelaziman pada ibu-ibu yang tinggal berdekatan tapak penapisan minyak.
Letupan kilang petrokimia di Texas, USA pada 24 Mac 2005 telah membawa maut kepada sekurang-kurangnya 14 orang dan terdapat 70 orang yang mengalami kecederaan.
Letupan di kilang pembuatan ethylene Sasol di Secunda, Afrika Selatan telah membawa maut kepada 6 orang pada 1 September 2004.
Letupan kilang petrokimia di Gresik, Indonesia telah mencederakan berpuluh puluh orang.
Kesan pencemaran terhadap alam sekitar cukup membimbangkan oleh kerana bahan-bahan toksik ini boleh merencatkan pertumbuhan dan pembiakan sepsis hidupan laut yang sejurusnya menjejaskan rezeki golongan nelayan.
Di Sungai Mutiara, China, PCBs daripada penapisan minyak menyebabkan kesan yang buruk kepada kesihatan dan jelas mengurangkan populasi kupang hijau (Perna viridis), tiram (Crassostrea rivularis) dan udang (Penaus orientalis).
  • Di Tarragona, Sepanyol, paras kadmium, plumbum, vanadium dan naftalena adalah tinggi dalam tanah di mana ia akan mempengaruhi industri pertanian.
  • Di Lanzhou, China, kajian mendapati kodok yang didedahkan kepada bahan pencemar petrokimia akan mengalami kerosakan genetik.
  • Di Turkey, kajian mendapati bahawa industri penapisan petroleum mencemarkan Sungai-sungai Kizilirmark dan menyebabkan peroksidaan pada otot dan tisu hati dalam ikan.

Penutup
Projek pelaburan berkaitan petrokimia  ini boleh membawa peluang perniagaan yang sangat besar, pemindahan teknologi dan juga peluang pekerjaan yang banyak, namun begitu, kita turut membayar harga yang sangat mahal apabila alam sekitar, perairan dan kesihatan terjejas ekoran daripada perlepasan gas dan sisa toksik yang berbahaya. Kerajaan Taiwan sendiri menolak permohonan syarikat Kuo Kuang Petrochemical untuk membuka kilangnya di Taiwan atas alasan berbahaya kepada alam sekitar dan manusia namun, dua Pihak Berkuasa Tempatan di Johor ini sanggup menerima dengan tangan yang terbuka. Persoalannya apakah kaedah Penilaian Awal Kesan Persekitaran (PEIA) yang digunapakai di Negara ini lebih rendah piawaiannya berbanding Taiwan sehingga membolehkan Pihak Berkuasa Malaysia menerima projek ini dengan berlapang dada?
Penduduk di sekitar Tanjung Bin, Pontian juga pernah menghantar memorandum bantahan kepada YAB Perdana Menteri berhubung isu pembinaan kilang petrokimia di kawasan mereka pada 10 Ogos 2009 namun, dengan pendedahan yang dilakukan oleh media – media Taiwan beberapa minggu yang lepas mengesahkan bahawa pihak Kerajaan sememangnya berminat untuk meneruskan projek petrokimia berbahaya ini tanpa mengambil peduli kemaslahatan rakyat.
Kerajaan seharusnya menolak sebarang rancangan pelaburan yang jelas boleh mendatangkan bahaya kepada alam sekitar, menyebabkan berlakunya pencemaran udara dan yang lebih teruk lagi mengancam kesihatan rakyat.


malas nk ubah...diambil,dikopi n dipaste dari http://bm.harakahdaily.net/index.php/articles/analysis-a-opinion/3331-petrokimia-kesan-kepada-manusia-dan-alam-sekitar...sama2 la kita pikirkan yer...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...